KESAN DIET

0 comments
Hi all...tengok tajuk memang dasyat tapi sebenarnya tak de apa pun...Ikutan daripada post saya 15 MAY 2013 my weight was 90.5kg...Hari ni ada appointment kat HKL so kena timbangla kan.  Ok my current weight is

 .........................................TIK TUK TIK TUK....

88.5KG

Ha ha ha ...tak de la banyak turun 2KG je... I memang kurang makan malam sekarang.  Bukan apa saya memang jenis tak boleh makan malam, memang cepat naik badan. 

Sekarang i dah join YOGA class. setiap hari ada kelas...cuma nak rajinkan pergi setiap hari ke tak je.  saya dah kurang makan nasi juga.  dalam seminggu dalam 2 hari je makan kut...tu pun nasi separuh.  Kita tunggu sampai hujung bulan ni ya.  i'll update my progress mengecil or membesar.




DIET

0 comments
Hi semua...lama tak update blog ni kan..nampak sangat penyakit malas menyerang diriku ini. 

Ok tajuk hari ni DIET.  Sebenarnya i've put on a lot of weights lately.  Dah capai 90kg ngan ketinggian 150cm je.  terlalu Obes dah ni.  Doc sarankan turunkan berat badan..  Mula2 diet2 dah turun 85kg...tpi lama2 rasa boring dan malas berat dah naik balik 90.5Kg. 

Patutnya 13 May ada appointment doc...i tak pi..takut kena marah..  Last2 mrk postponed bgi appontment 13 June pulak.  This time i memang serius nak turunkan berat badan.  Hope by next appointment i've lost 10kg. Klu turunkan berat..baru boleh proceed ivf treatment.


Rasa nak join EXTREME MAKE OVER je rasa.. I decide not to take rice at all for dis 30 days.  Harap2 saya berjaya. Please guide me.  Ada yang syorkan ubat kurus macam2 yg ada kat online.  Currently, i ada herbal life tea, sd2 n shape plus.  Im taking shape plus ngan herbal life tea.

I'm doing 30min exercise n i think it wont enuf for me.  I must increase d time...kena tingkatkan usaha.  Pagi ni timbang shows 89kg.  Alangkah baiknya 3 hari diet dah kurang 3KG. he he he.  

Will update u guys perkembangan sya. TAKE CARE ya.

BEST COSTUME 2012

0 comments

YAHOOOOO BEST COSTUME gitu


30/11/12 ada anual dinner kat EASTIN hotel.  Mek pun fikir2 nak pakai baju apa...oleh kerana Bubbly nak pakai Saree Mek pun pakai la saree. Ni saree wedding dinner Mek. Dah berusia 5 tahun saree ni uh.

with BUBBLY


Mostly all my sarees ni pakai sekali je...ialah pompuan kalau dah pakai sekali pun orang cepat cam...cuba kalau laki 10 hari 10 malam pakai baju sama pun orang tak kisah.  Tapi saree ni dah pakai 3 kali termasuk event ini..Gambar di bawah menunjukkan perubahan zaman saree ni ha haha PERUBAHAN SAREE ke PERUBAHAN BENTUK BADAN.


               

CERITA ZAMAN MUDA DULU

0 comments
hi semua...lama tak update blog ni...bz, sakit, malas semua ada. 

Ok hari ni share sikit cerita kesihatan n kecantikan...before kahwin mek adalah seorang yang boleh katakan obses kecantikan n kesihatan.  walaupun dari dulu mek ni kategori 'comel' tapi bukanlah 'secomel' sekarang.  Dulu rajin jogging kat Pantai Hillpark tu. 

Ha nak cerita pula satu insiden masa jog ni...mek ni klu exercise mesti ada air.  so walaupun jog mek akan minum sambil lari..ramai la yang lari kat citu kan.. dipendekkan cerita ..ada sorang aunty ni slu perhatikan mek.  satu hari yang terang benderang dia tegur mek.. "You minum air apa masa lari tu, badan 'comel' tapi boleh lari awak ni"  Mek pun jawablah "tak de air apa...air kosong je"  Aunty tu macam tak percaya je.. "air kosong je? ingatkan air teh kuruskan badan" Mek ???????

Balik rumah cerita la kat housemate sorang ni.. boleh dia cakap apa  ..." alah patutnyer awak jawab, saya minum teh cirit birit...sambil lari saya cirit" ha ha ha kelakar kan kawan mek ni.  kecik je orangnya tapi kecik2 cili api.

Lepas jog kat hillpark tu rehat kejap pastu bermula bab bermandi manda..zaman tu tak de washing machine so sebelum g jog rendam kain...balik jog tu...lulur mandi dulu.. ha lulur tu most of it bahan semulajadi tau.  Mek blend papaya kasi lulur satu badan then basuh kain dulu.  dah rendam ngan papaya badan tu baru mandi... Memang kulit halus mulus TAU. 

sekarang macam dah sibuk dan penyakit 'MALAS' menyerang diri.. Umur dah meningkat patutnyer rajin la kan jaga badan tapi mcam "ADA AKU KISAH" je.

Our home's 2nd anniversary

0 comments

2 years back..we entered our home sweet home on dis special day.  According to indian calendar 23.8.2010 was varalakshmi pooja day.  It's an auspicous day to welcome wealth.  Wealth ke health ke yang penting rumah tu aman dan damai.  Gambar ni diambil dari balcony masa sunset.  Cantik tak???

Kalau time2 nak hujan kalau angin kuat...memang bes duk kat balcony or hall....syok mcm duk tepi pantai...angin yang nyaman will make u forget all ur worries. 

31.8.2012 i invite 2 of my frens to watch fireworks di KLCC.  alamak gambar fireworks tu dah delete la.  x pe tempek gambar kawan2 je la.  I make egg sandwich n salad for my sweet guests.  Guests pulak bawa murukku..titbits...tengok fireworks sambil makan titbits  HA HA HA..  I LIKE ....



KEUTAMAAN SETIAP INDIVIDU BERBEZA

0 comments
hi all, happy Tuesday.  hari ni nak cerita panjang lebar sikit.  That day masa berborak ngan bos saya...dia ada cakap setiap orang priority dia lain2. HA BETUL juga kan. saya pernah terfikir juga..bos saya ni kira orang kaya juga la, tapi dia tak pernah bawa family dia melancong.  Jawapan dia senang je, priority saya rumah, all my family member suka duk rumah, mereka pun tak pernah nak ajak g melancong.

Ada orang suka melancong so walaupun savings tak de dia puas hati menghabiskan duit melancong.  Ada orang suka melancong luar negara, nak tgk keistimewaan negara orang.  Ada orang suka melancong dalam negera je.  Ada orang suka pakai barangan mahal, so dia sanggup tak makan nak kumpul duit beli barang mahal yang dia suka.  Bagi orang, rumahku syurgaku sanggup berhabisan duit menghias rumah.  So keutamaan setiap individu adalah berbeza.  Janganla kita ingat wow orang tu hebat la, orang ni tak bes la, orang tu kaya la, orang tu boros la.  Its all kepuasaan n keutamaan masing2.  Ada orang duit melambak pun oleh kerana semangat patriotik lebih...dia beli kereta PROTON n PERODUA je.  Ada orang tak boleh derma 1 ringgit pun boleh melancong semua negara.  Dunia hanya mungkin nampak kereta PROTON n PASSPORT yang dicop setiap negara, kira orang nampak kebendaan je, semangat patriotik, sikap kedekut, sikap tamak, sikap jimat cermat mungkin dunia tak tengok.

Mungkin juga kadang2 kawan2 kita beli tu dan ni, kita terfikir BESnyer dia, tapi kita tak tau betapa susahnya dia kumpul duit utk beli barang tu. Ada orang suka makan di luar, ada orang suka makan homefood.  so tak semestinya orang yang makan di luar tu BES or BAGUS SANGAT, its juz dia suka makan di luar, padahal kita yang makan HOMEFOOD not bad juga sebab ia air tangan kita sendiri. 

Moral of d  story janganlah  kita membezakan diri kita dengan orang lain. bersikap syukur n cukup tu penting.  kalau nak ikutkan hati memang binasa.  Mungkin tersurat takdir kita setakat ini sahaja kemampuan kita.  Tapi jangan pulak duk kat citu je, cakap kita dapat buat apa2.  Usaha tu penting.  Kalau kita ingat kita ni susah, ada orang lain lagi susah dari kita.  Kalau kita kaya, ada orang lagi kaya. Sentiasa ingat ni
YOU HATE UR LIFE, WHILE SOME PEOPLE DREAM OF HAVING UR LIFE!

2011 resolutions yang TIDAK tercapai

0 comments
hi allz...

bagi mencapai azam 2012 i've started to go swimming evryday,although rasa malas tahap gaban i still jump to d pool atleast 5 big round n 5 small round.

There r few 2011 resolutions which i cant reach. yang terkilan sangat IALAH i tak dpt g SINGAPORE. after stop kerja di SINGAPORE rasanya sekali je i wen there, dh almost 10 years.  ha..utk pengetahuan u allz i kerja situ exactly 1 year, jadi journal clerk di mustafa & samsudin shopping complex.  Lepas dapat kerja jadi 'KULI BATAK' kat kerajaan, i pun resign.  kalau ikutkan hati tak nak balik sini, but my parents kata susah nak dapat kerja kerajaan bla bla bla. So im here now as KULI BATAK. ha ha ha

Tu je la luahan perasaan saya.. DOTTT